Wednesday, October 7, 2009

::..wednesday again..::


dear sunshine,

hari ini, i sangat berbangga dengan diri sendiri kerana pada hari ini iaitu hari rabu bersamaan 7haribulan Oktober 2009, saya telah pergi ke kelas dan pulang dengan selamat..alhamdulillah =)
saya sangat bangga kerana saya memandu baby gaga tanpa ditemani oleh sesiapa termasuklah datin qistina yang selalunye menjadi peneman saya ketika pergi dan pulang. Hari ini, datin tidak pergi ke kelas. Oleh itu, saya pergi ke kelas bersendirian hari ini.Saya sepatutnya ke kelas pada pukul 8 pagi tetapi kelas pada pukul 8 pagi telah dibatalkan. jadi saya pergi ke kelas yang bermula pada pukul 10 pagi.

Hari saya bermula apabila datin mengejutkan saya untuk sembahyang subuh. selepas bangun subuh, saya ingin pergi ke tandas untuk mandi tetapi datin beritahu yang kelas Internet Marketing dibatalkan. saya berasa sangat bahagia kerana saya sangat mengantuk. Saya berasa sangat mengantuk kerana saya tidur lambat. Kemudian, saya bangun semula untuk bersiap ke kelas Marketing Communication yang bermula pada pukul 10 pagi. saya memakai baju hitam, jeans dan tudung merah pada hari ini..( saya kelihatan seperti seorang pensyarah muda hari ini)

Seperti biasa, masuk sahaja ke dalam gaga, mulut saya terkumat kamit membaca surah2 dan ayat2 yang sepatutnya..ini adalah perbuatan yang baik kerana ia menenangkan =) Saya memulakan perjalanan. Saya berasa bosan dan membuka lagu dengan sangat kuat dan menyanyi sekuat hati.Saya suka menyanyi =)

Saya sayang pensyarah Marcom kerana ujian pada hari esok dibatalkan =) saya suka kelas hari ini kerana saya sangat faham.mungkin kerana saya duduk dihadapan sekali.peluang untuk tidur dalam kelas adalah sangat mustahil. Setelah kelas Marcom habis, saya, fat, hanum dan ilah pergi pula ke kelas Channel yang bermula pada pukul 12. sementara menunggu kelas, saya berbual dengan seorang manusia yang sangat manis dan menarik.saya suka dia. tadi, adah, hanum dan ilah membentangkan kerja individu mereka. pada pukul 1 tengah hari, kelas tamat.

Saya dan fat berasa sangat lapar dan kami pergi makan dia kedai NR di atas bukit. disana, saya, fat dan ilah makan bersama2. saya menjadi sangat geram kerana makanan saya ada lalat!!! saya benci lalat itu!!! saya menghabiskan milo ais saya yang sedap dan sejuk. kemudian, saya ke masjid kerana ingin sembahyang zohor dan ingin ke perpustakaan.disana, kami berjumpa dengan adah dan hanum, jadi kami lepak bersama. kami tidak jadi ke perpustakaan. Kelas bermula lagi pada pukul 4 petang. saya dan fat singgah dikedai untuk membeli kuih dan air sebelum masuk ke kelas. kelas habis pada pukul 5. encik pensyarah itu memberi kami semua kerja rumah dan perlu menghantarnya esok.

Kemudian, saya pulang ke rumah bersendirian menaiki gaga. sekali lagi saya memasang lagu dengan kuat kerana ingin menyanyi sekuat hati. Alhamdulillah saya selamat sampai dan segera menelefon mama saya =)





Selamat Hari Bahasa Malaysia Sedunia



::..hugs and kisses..::

4 comments:

kadir said...

huhu...baby gaga tu proton saga kan..xjemput pun nek kete baru...haha...sapa si dia tu?nak tau gak...boy ke gurlz..ahaks..datin aimi..ptuih!

Anonymous said...

hahahah..lawak la..pecah perut bace.........

sOfy.LiLy said...

awat ayat hang skema sungguh wei...???
x tahan siot!

apix said...

wohoho..nice story!!